Wednesday 19 October 2011

Tugasan E4121 - 19 Okt 2011

Salam,
Sila hantar tugasan anda (berkumpulan, 2 orang 1 kumpulan) pada hari Ahad.

#############################################################

Soalan 1 (8M)
a) Lukiskan gambarajah blok mudah bahagian pemancar tv dan terangkan kendaliannya
    secara ringkas.   

b) Seorang pelajar Malaysia telah membeli pita video yang diformatkan dengan system
    penyiaran di Jepun. Pita video dibawa balik ke Malaysia dan dimainkan pada penerima
   TV bersistem PAL B/G,
    i)  Apakah yang berlaku pada gambar, warna dan suara?
    ii)  Secara teknikal, nyatakan kenapa keadaan ini berlaku?
    iii)   Bagaimanakah cara untuk menyelesaikan masalah ini?   
Soalan 3 (12M)
a) Isyarat video komposit mengandungi maklumat gambar, letusan warna, padam dan
    penyegerakan. Dengan maklumat yang diberikan, lakar dan tandakan dengan lengkap
    isyarat video komposit bagi 1 garis ufuk isyarat bar warna   

b) Terangkan istilah-istilah yang berikut  
          - Krominan                       - Kecerahan
- Luminan                         - Ketepuan
- Isyarat letusan warna

Wednesday 12 October 2011

Tugasan E4121 12 Okt 2011

Salam,
Sila hantar tugasan ini minggu hadapan (Ahad, sebelum 12 pm)

###############################################

a) Berikan nilai yang sesuai untuk pita PAL bagi VHS yang merujuk kepada lebar pita,
    kelajuan pita, sudut ‘tract’ semasa pita berhenti dan kelajuan putaran perminit.

b) Terangkan dengan bantuan gambarajah blok bagaimana proses mainbalik VCR dilakukan.

c) Kirakan kehilangan Azimuth bagi maklumat luminan dan kroma, jika diberi
    maklumat-maklumat berikut:-
            T=49 μm
            q = 120
            Fw = (627± 500) kHz
            FL = (3.8 - 4.8)MHz
            V= 4.85m/s

 d) Berdasarkan saiz sela 0.6 μm yang biasa diguna, dapatkan halaju relative V untuk
     maklumat audio dan video serta tentukan panjang pita audio dan video berikut
     untuk tempoh main balik selama 45 minit.