salam semua
kali ini nak berkongsi dengan semua tentang alat penjimat minyak kereta yang memang ada banyak di pasaran,penstabil voltan kereta. alat ni amat simple/mudah. sesiapa pun boleh buat kalau nak buat. saya dah buat satu dan sedang dalam proses percubaan. sebenarnya, saya pun tidak pasti alat ini mampu untuk menjimatkan penggunaan minyak kereta(baru 2 minggu guna alat ni, dan setakat ini memang ada rasa sikit perubahan pada kereta). di bawah adalah litar skematik penstabil voltan ini.
alat ini menggunakan 12V car cigarette lighter, sambung kat situ je alat ni. kalau tengak skematik ni memang simple sangat. dari segi teori ( kalau salah tolong betulkan) sebenarnya ini adalah litar penapis(filter). seeloknya gunakan beberapa kapasitor dengan nilai yang berbeza untuk mempunyai masa charging dan discharging yang berlainan. alat ini berfungsi sebagai penstabil/filter voltan dari alternator kereta. (mengurangkan ripple pada voltan dc) apa itu ripple? klik kat sini. output dari alternator adalah ripple dc voltage, adalah kurang sesuai bagi alat elektronik yang perlukan clean dc voltage. this is where this device come in handy. alat ini dapat mengurangkan ripple pada voltan keluaran dari alterenator. nilai kapasitor yang saya guna dalam sekitar 58000 uF, tapi terpulang pada si pembuat berapa nilai kapasitor yang hendak di guna. kos keseluruhan alat ni dalam +- RM25 je. nak cuba guna dalam sebulan, nak pastikan betul ke ada perubahan/menjimatkan minyak kereta???
New CIDOS Platform
10 years ago
No comments:
Post a Comment